Friday 19 August 2011

Menteladani Akhlak Rasulullah ~ Sifat-sifat Rasullulah



  
Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
~Sangat elok dan sempurna wajahnya
~Baginda memilik perasaan yang halus
~Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
~Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
~Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
~Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
~Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
~Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
~Baginda memakai serban di atas kopiahnya
~Suka membalas hadiah
~Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
~Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
~Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
~Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
~Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
~Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.
~Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
~Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
~Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
~Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
~Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
~Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
~Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
~Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara .
~Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
~Amat kasih terhadap umatnya.
~Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya .
~Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah .
~Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
~Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
~Suka menziarahi orang sakit
~Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
~Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap .
~Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
~Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan










  --------------------------------------------->  klik disini <------------------------------------------------- 
























Akhlak Rasulullah elok jadi teladan ~ Pemaaaf


MANUSIA mempunyai kekurangan dan kelemahan yang mendedahkan mereka kepada kemungkinan baik serta yang buruk. Fitrah manusia pelbagai ragam menjadikan kehidupan sentiasa berdepan ujian yang datang dari diri sendiri atau pihak lain.

Maka, timbul pelbagai peristiwa yang boleh menyentuh perasaan atau mengguris hati terutama ketika berbual, bekerja serta bermasyarakat.

Tanpa disengajakan mungkin ada saudara kita yang melakukan perbuatan mengguris hati.

Apabila menyedari kesilapan itu, saudara tadi memohon maaf dengan ikhlas. Apakah sikap kita dan wajarkah menyimpan dendam kepada saudara tadi? Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bersifat pemaaf.

Drs M Ali Hasan dalam bukunya Tuntutan Akhlak berkata: "Orang yang mempunyai sifat pemaaf banyak kawannya dan tidak ada musuh baginya. Semua orang dapat dijadikan kawan."

Merujuk kisah diceritakan H Luqman Hakim dalam bukunya berjudul Rangkaian Cerita-Cerita Teladan, "Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW bersama sahabatnya sedang duduk berehat setelah selesai peperangan.

Sedang Nabi berbaring tiba-tiba datang seorang Musyrik sambil menghunuskan pedangnya kepada Baginda, lelaki pun berkata: Wahai Muhammad, katakan siapakah yang dapat menolong kau dari aku sekarang?

Tanpa berasa gentar dengan cepat dan spontan dijawab Nabi Muhammad SAW. "Allah!"

Demi mendengarkan jawapan Nabi, pedang lelaki itu tiba-tiba jatuh lalu cepat direbut oleh Rasulullah dan Baginda pula menghalakan pedang itu ke arah lelaki itu dan bertanya: "Sekarang katakan kepada saya siapa pula yang akan menolong engkau?

Dengan penuh ketakutan kerana risau akan dibunuh lantas ia pun berkata: "Tentulah engkau saja yang dapat menolongku."

Kemudian Nabi Muhammad SAW melepaskan orang itu supaya kembali kepada kaumnya. Tatkala sampai di kalangan kaumnya, ia pun mengkhabarkan: "Wahai kaumku, aku datang dari seorang lelaki yang baik di antara sekalian manusia."

Lelaki itu kemudian memeluk agama Islam selepas mengenangkan sifat kemaafan Baginda yang luar biasa itu.
                                             
                                                               

Sewajarnya kita mencontohi sifat pemaaf Baginda SAW supaya tiada lagi perasaan dendam di dalam hati. Mudah-mudahan sifat memaafkan itu mampu menyedarkan pihak lain untuk tidak melakukan perbuatan yang
menyakiti hati saudaranya






  --------------------------------------------->  klik disini <-------------------------------------------------



Followers