Thursday 5 July 2012

Ustaz Don Poyo



Assalamualaikum.. Ustaz don dikatakan poyo?? apakah? mengapa harus seorang yang warak dikatakan poyo? subhanllah.... mengatakan sedemikian mengambarkan individu ini adalah manusia yang poyo, kehancuran akhlak digambarkan dengan jelas, mengapa perlu diajarkan pendidikan islam di akar umbi  , supaya tidak ada golongan generasi akan datang yang menghukum kafir seseorang itu sewenang2x..nya...

Walau berdosa seseorang itu, bukan hak kita untuk mengatakan confirm dosa itu kekal
kerana semua itu tersembunyi didalam hati
taubat nasuha(didalam hatinya)
tiada siapa yang tahu???kecuali Allah 
insyallah terhapus dosa seperti bayi yang baru dilahirkan

 --------------------------------------------->  klik disini <-------------------------------------------------


Wednesday 4 July 2012

Keistimewaan Al-Quran

1.mempunyai 30 juzuk
2.mempunyai 114 surah
3.mempunyai 1000 ayat berbentuk perintah
4.mempunyai 1000 ayat berbentuk larangan
5.mempunyai 1000 ayat berbentuk janji allah yang baik
6.mempunyai 1000 ayat berbentuk janji allah yang buruk
7.mempunyai 1000 ayat berbentuk kisah dan perkhabaran8.mempunyai 1000 ayat berbentuk contoh dan teladan
9.mempunyai 500 ayat berbentuk hukum halal dan haram

ini menunjukkan al-quran panduan hidup yg perfect,bidang ilmu yang disajikan amatlah luas

Telah dinyatakan:

Tiada Kami alpakan sesuatu pun di dalam al kitab(Quran).
[surah Al-An'am : 39]


Malahan Allah juga telah memberi tahu didalam alquran akan kebesaranya..

Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan firman tuhanku ,akan habislah lautan sebelum firman Tuhanku ditulis, sekalipun Kami berikan tambahannya sebanyak itu pula.
[Surah Al-Kahfi : 90]


Jika buat silap, cover balik buat pahala..



                                                   


Ingatlah:

Jika kita telah melakukan kemungkaran, sentiasa ingat allah maha pengampun

Jika kita Melakukan Kebaikan , ingatlah allah akan membalas dengan nikmat tiada tolok bandingnya

Jika kita ingin melakukan Keburukan, ingatlah allah maha mengetahui

Allah mencipta dan tidak pernah dicipta atau Tercipta

Tuesday 3 July 2012

Keistimewaan Basmallah


                                                                         


seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.




 --------------------------------------------->  klik disini <-------------------------------------------------

Abu Laits Assamarqandi


                                                                


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagimenghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.
Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."



 --------------------------------------------->  klik disini <------------------------------------------------- 

120 Rahmat Di Mekah

                                                                     
tahukah kamu allah menurunkan 120 kepada jemaah yang beribadat di mekah , tanah haram ,tanah lindungan malaikat ini ,

Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:

(Allah menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah Al-Haram setiap hari adalah sebanyak 120 rahmat: 60 untuk orang-orang yang tawaf, empat puluh untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan 20 untuk orang-orang yang melihat kepada Kaabah)

Selain itu.. diibaratkan seperti baru dilahirkan jika tawaf sebanyak 50 kali



Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:

(Sesiapa yang melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50 kali, dia akan dihapuskan segala dosanya sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).






  --------------------------------------------->  klik disini <------------------------------------------------- 
                                                                                                                        

                                   

Melihat Kebesaran Allah di awan biru

                                               
  Seorang bekas pilot bukan beragama Islam beralih kepada Islam setelah beliau mengalami sendiri satu kejadian aneh empat tahun lalu.

menurut beliau,kejadian itu berlaku semasa beliau ditugaskan untuk membuat 1 penerbangan ihsan bagi menghantar jenazah seorang ulamak terkenal tanahair dari Kuala Lumpur ke sebuah negeri di Utara tanahair.

dari penceritaan,beliau amat takjub kerana sepanjang perjalanan,pesawat itu dipayungi oleh awan sedangkan pada waktu itu cuaca panas terik dan ini disaksikan juga oleh krew-krew lain dalam pesawat itu.

"itulah ana paling takjub.Ana anya kawan2 ana,mereka juga kata tak pernah alami kejadian sepertu itu.Masya Allah! awan sentiasa payungi pesawat yang bawa allahyarham daripada terkena terik matahari " kata beliau.

"ana tahu,jenazah yang ada dalam pesawat itu seorang ulama.Ulama ini membuat kerja2 dakwah,suruh orang berbuat baik,jauhi mungkar...tiba2 hati ana terdetik,ulama ini seorang Islam.Ana lihat ada kebenaran dalam Islam." katanya lagi

"selepas tengok awan pelik dari mula sampai akhir penerbangan,ana beritahu rakan Muslim dalam pesawat,ana nak masuk Islam,ana betul2 kagum dengan kebesaran Allah ujar bekas pilot itu lagi yang sebelumnya tidak pernah terfikir untuk menukar agama nenek moyangnya.

Menurut wartawan yang menulis artikel ini,sebenarnya beliau juga merupakan seorang sukarelawan dan turut membantu menguruskan jenazah ulama terkenal itu sebelum dibawa menaiki pesawat.

wartawan tersebut menceritakan kepada bekas pilot itu yang dia turut menyembahyangkan jenazah almarhum yang meninggal akibat serangan jantung di sebuah hospital di Kuala Lumpur.Jenazah dimandi dan di kapankan di hospital sebelum dibawa ke Surau Al Mustaqimah,Bandar Tun Razak untuk disembahyangkan.

Ketika itu beliau melihat ribuan orang datang dari setiap pelusuk negara dan sama2 memberi penghormatan terakhir kepada almarhum.Beliau juga memberitahu kepada bekas pilot itu yang beliau amat takjub apabila melihat bilangan orang yang hadir sangat ramai sehingga terpaksa bersesak sesak berdiri.

Mengikut wasiat ,almarhum mahu jasadnya disemadikan di madrasah yang menempatkan sebuah kolej pengajian Islam di negeri kelahirannya..

AL- FATIHAH....                                                                                            



  --------------------------------------------->  klik disini <-------------------------------------------------

Monday 2 July 2012

Page Peminat remaja ustaz azhar idrus (memang tajam) di Facebook


                                      klik--> ( Peminat remaja ustaz azhar idrus (memang tajam) )

                                                                                                                                   





  --------------------------------------------->  klik disini <-------------------------------------------------
               

Sunday 1 July 2012

Fadhilat berzikir

Ab u Darda r. a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s. a. w bertanya kepada para sahabatnya r. a. "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: "Apakah itu Ya Rasulullah?" Sabdanya "Zikrullah. "





Fadilat dan keutamaan zikrullah yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s. a. w adalah berkaitan dengan keadaan dan masa sebagai keseluruhannya, kerana terkadang-kadang dengan memandangkan keadaan yang tertentu maka sedekah, jihad dan urusan-urusan yang lain dipandang lebih utama daripada segala amalan. Lantaran fadilat dan kelebihan amalan-amalan itu pun diterangkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihan amalan-amalan itu adalah berkaitan dengan keadaan yang tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan zikrullah adalah berkaitan dengan seluruh masa (iaitu pada setiap masa).

                                                                                                                                                 



  --------------------------------------------->  klik disini <-------------------------------------------------

(Rabbee) I'm Yours Lyrics:Raef

 
                                             



Well I've done-done wrong and you bet I felt it
I tried to be chill but it was so hot that I melted
I fell right through the cracks
And I'm trying to get back!
Before the cool done run out
and I'll be giving it my bestest
And nothing's going to help me but divine intervention
I reckon it's again my turn...to win some or learn some!
So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait, I'm Yours! Rabbee I'm Yours!!
Well open up your mind and see like me
Open up your plans and man, you're free!
Open up your heart and you'll find love, love, love :)
Listen to my music and maybe sing with me?
I love peaceful melodies
It's our God-forsaken right to be loved, loved, loved, loved, loved!
So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!
I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
and my breath fogged up the glass
So I drew a new face and laughed :D
I guess what I be saying is there ain't no better reason
to rid yourself of vanities and just go with the season
It's what we aim to do
Our name is our virtue!
So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!
Rabbee, Rabbee, I am Yours!
Rabbee, Rabbee, I am Yours!
Oh, Rabbee, Rabbee, I am Yours!




                                                                                                                                  

  --------------------------------------------->  klik disini <------------------------------------------------- 

Menteladani Akhlak Rasullulah ~BERBUAT BAIK KEPADA ANAK YATIM

Anak yatim ialah anak yang telah kematian bapanya selagi ia belum mencapai usia baligh. Di dalam Islam, anak yatim mempunyai kedudukan tersendiri daripada anak-anak yang mempunyai bapa. Mereka mendapat perhatian yang khusus dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, tidak lain demi untuk menjaga kepentingan hidupnya supaya ia tidak terlantar hingga menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana itu, banyak hadis-hadis baginda yang menyatakan betapa mulianya orang yang suka memelihara anak yatim atau berbuat baik terhadapnya.

Tetapi suruhan Nabi ini tidak mendapat sambutan dari masyarakat Islam yang kini telah jauh dari ajarannya. Perkara ini tidak  sepatutnya dilakukan oleh umat Islam yang inti ajarannya banyak menganjurkan sikap suka tolong-menolong sesama mereka.

Suatu teladan yang harus ditiru yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sebagaimana yang diceritakan oleh Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu: "Pada suatu hari raya, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju solat. Di tengah perjalanan, baginda bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain-main. Di antara kanak-kanak tersebut, terdapat seorang kanak-kanak yang kelihatan sedih menyebabkan baginda bertanya kepadanya:
"Hai anak, mengapa kamu bersedih hati, enggan ikut bermain bersama-sama kawan-kawanmu?"
Kanak-kanak tersebut tidak tahu bahawa ia sedang berdepan dengan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Lalu dengan linangan airmata ia pun menjawab:
"Wahai pakcik, ayah saya telah gugur dalam peperangan membela Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Sekarang ibu saya telah berkahwin lagi. Suaminya telah mengusir saya sedang harta kekayaan saya warisan dari ayah telah habis dimakan oleh ibu. Kini saya tidak mempunyai makanan, minuman, pakaian dan rumah. Oleh kerana itu saya menangis kerana menyesali nasib yang telah menimpa diri saya Mengapa malapetaka menimpa ayah saya sehingga nasib saya menjadi seperti ini, tidak sebagaimana kawan-kawan yang masih mempunyai ayah."



                                 

Mendengar jawapan si anak kecil, hati baginda menjadi hiba lalu baginda bersabda: "Wahai anak kecil, sukakah jika aku menjadi bapamu, A'isyah menjadi ibumu, Ali menjadi bapa saudaramu, Hasan dan Husin menjadi saudaramu dan Fatimah menjadi saudara perempuanmu?" Kanak-kanak itu terperanjat mendengar jawapan tersebut, lalu ia sedar bahawa ia sedang berdepan dengan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Dengan gembira ia pun berkata:
"Mengapa tidak suka, ya Rasulullah?"
Sejak itu ia menjadi tanggungan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di mana baginda mengasuhnya sebagaimana baginda mengasuh keluarga baginda sendiri, memberikannya pakaian, makanan dan semua keperluannya dengan baik. Kanak-kanak tersebut tidak bersedih lagi kerana sentiasa mendapat kasih sayang dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam."

Kejadian di atas merupakan suri teladan yang patut ditiru. Betapa besar budi baginda, yang telah memberi contoh kepada umatnya bagaimana seharusnya berbuat baik terhadap anak-anak yatim. Padahal tugas yang dihadapi oleh Nabi bukanlah kecil. Baginda perlu berdakwah setiap saat untuk menyampaikan ajaran-ajaranNya. Baginda seorang ketua negara, panglima tentera yang tidak boleh lepas dari tugastugas ketenteraan. Namun, kesibukannya itu bukan merupakan alasan untuk tidak memikirkan nasib anak yatim. Demikian1ah kebesaran akhlak Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai contoh agar ia diamalkan oleh umatnya kelak di kemudian hari. Oleh kerana itu, banyak hadis-hadis baginda yang menyatakan betapa mulianya orang yang berbuat baik terhadap anak-anak yatim.

Dari Sahl bin Sa' ad Radhiallahu 'anhu katanya bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
"Aku dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim (dengan baik) ada di syurga bagaikan ini..(sambil memberi isyarat dengan merentangkan kedua-dua jari telunjuk dan jari tengahnya). " (Riwayat Bukhari)

Seorang wanita yang kematian suami dan mempunyai mempunyai anak kecil yang belum baligh, maka berdasarkan hadis di atas ia dijamin masuk syurga sekiranya ia memelihara anaknya itu dengan sebaik baiknya. Sebaliknya, jika ia lalai melaksanakan tugas menjaga dan mendidik anaknya sehingga mengakibatkan kerugian bagi anak tersebut, ia pasti mendapat hukuman yang berat di akhirat kelak.

Dalam Tafsir al-Qurthubi yang bersumber dari Abu Sa'id al-Khudri ada diceritakan bahawa ketika Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melakukan mi'raj, baginda melihat segolongan manusia yang mempunyai bibir seperti bibir unta. Setiap orang dari mereka disumbat mulutnya dengan batu besar secara paksa, hingga keluarlah batu itu melalui dubur mereka. Melihat kejadian aneh tersebut, baginda bertanya kepada Jibril Alahissalam:
“Wahai Jibril, siapakah mereka itu?”
Jibril menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim.”
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan petunjuk mengenai cara-cara mempergauli anak-anak yatim dengan baik, sebagaimana firmanNya:
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: Mengurus mereka secara patut adalah lebih baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka,maka mereka adalah saudaramu, dan Allah mengetahui siapakah yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya Dia mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Baqarah:220)

Demikianlah kewajipan setiap umat Islam di dalam berbuat baik kepada anak-anak yatim. Kita tidak boleh berpeluk tubuh serta membiarkan anak anak yatim hidup dalam keadaan terlantar. Kita hendaklah mengikuti cara-cara bagaimana Rasulullah Sallallahu ‘alahi wassalam berbuat baik terhadap anak-anak yatim




  --------------------------------------------->  klik disini <-------------------------------------------------

My First Website

Support UNICEF - Connect and share - Support UNICEF



                                       Support UNICEF - Connect and share - Support UNICEF

Followers